Pengikut

Diberdayakan oleh Blogger.
RSS

Cara Sholat Sunnah Iftitah

Tata cara shalat iftitah adalah sebagai berikut,
1.    Niat
2.    Takbiratul ikhram
3.    Kemudian membaca doa iftitah: “subhanadzilmulki wal malakut wal izzati wal jabarut wal kibriyai wal adhomah” (maha suci Allah, dzat yang memiliki kemuliaan, kekuasaan, kebesaran dan keagungan)(HR. Thabrani)
4.    Membaca surat al Fatihan tanpa membaca surat-surat Al Qur’an yang lain dan dikerjakan seperti shalat-shalat wajib.
5.    Kemudian melanjutkan seperti sholat-sholat wajib sebanyak 2 rakaat
6.    Salam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuntutan Solat Fardhu Berjama`ah Menurut Al-Qur'an



(1)Tuntutan berjama`ah pada solat fardhu, thabit dengan dalil-dalil Al-Qur'an:

Menurut Al-Qur'an;

Firman Allah S.W.T.:

أقِيْمُـوْا الصَـلوةَ وَءاتُوْا الزَكَـوةَ واركَعُـوْا مَعَ الرَّاكِعِـيْنَ
bermaksud:

"Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat serta ruku`lah bersama orang-orang yang ruku`"(Al-Baqarah 2 : 43)

Maksud ruku` bersama orang-orang yang ruku` ialah tuntutan supaya solat fardhu di lakukan secara berjama`ah.

FirmanNya lagi:
وَإذَا كُنْتَ فِيْهِمْ فَأقَمْتَ لَهُم الصَّـلاَة
bermaksud:

"Dan jika engkau (hadir) bersama mereka, maka dirikanlah bersama mereka solat ..."
(Al-Nisa' 4 : 102)

Pengajaran dari ayat-ayat di atas ialah bahawa jika solat dalam masa perang dituntut berjama`ah, maka tuntutan dalam suasana damai lebih aula (lebih kuat tuntutannya).

(Al-Zuhailiyy Al-Feqh Al-Islamiyy Wa Adillatuh)
FirmanNya lagi:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ سورة التوبة: الآية: 18.
bermaksud:

“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”. (at-Taubah : 18)

Solat berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Solat berjemaah menzahirkan syiar Islam dan memupuk semangat perpaduan di kalangan muslimin. Kerana inilah ia perlu dihidupkan dalam kehidupan seharian kita, selaku insan bergelar muslim
Artikel di ambil dari sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bantuan Rasulullah Ketika Musibah


Syeikh Al-Fakahani berkata di dalam kitabnya: "Al-Fajrul Munir" bahawa Syeikh Soleh Musa Ad-Dorir (seorang buta) telah menceritakan kepadaku bahawa ketika dia berada di tengah lautan menaiki kapal,tiba-tiba ribut yang disebut orang dengan "Al-Iklabiyah" datang merempuh kapal yang dinaiki.Ribut itu amat kuat.Jarang sekali yang selamat apabila ia melanda.

Melihat keadaan cemas itu aku pun tidur lalu bermimpi bertemu dengan Nabi S.A.W Baginda berkata kepadaku:

Beritahu kepada semua penumpang kapal supaya membaca 1000 kali selawat ini:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآَفَاتِ, وَتَقْضِي لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ, وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ, وَتَرْفَعُنَا بِهَا عَنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ, وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ, فِي الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

Maksudnya: Ya Allah,Selawat dan sejahtera atas penghulu kami,Nabi Muhammad sebagai rahmat yang dengannya Engkau selamatkan kami daripada segala ketakutan dan kerosakan,dan Engkau sampaikan bagi kami dengannya daripada semua hajat.Dan Engkau angkatkan kami dengannya disisi Engkau setinggi-tinggi darjat.Dan Engkau sampaikan kepada kami dengannya kesudahan tujuan daripada segala kebajika sepanjang hayat dan sesudah mati.

Selesai saja Nabi mengajar selawat itu,aku pun tersedar dari tidur,lalu aku beritahu kepada semua penumpang akan mimpiku itu.Kami semua berselawat bersama.Apabila jumlah selawat baru saja mencapai 300 kali,Allah telah melepaskan ujian yang kami sedang hadapi dan menenangkan ribut yang bertiup kencang itu.Itulah keberkatan selawat ke atas Nabi S.A.W.
Artikel ini di ambil dr sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 sifat calon suami yang baik


  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga sholat fardhu, kerap berjamaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut. Tutur katanya juga sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan prinsipnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang bisa merusak imannya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak pelit. Tahu cara membelanjakan uang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai teman pergaulan yang baik. Teman pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang.
Ini juga bisa dipakai untuk kriteria calon istri yang baik

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WANITA MENCARI JODOH: Apakah Kriteria Lelaki Yang Paling Ideal?

Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi, “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Secara umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang biasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya, berharta, berdarjat tinggi dancantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun hati kaum lelaki untuk menyuntingnya.
Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”. Ini disebabkan wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikan pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.
Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami? Jika hadith di atas memberi panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isteri mereka, maka di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita dalam memilih bakal suami mereka.
Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani besama dengan pasangan.
Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya. Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya.
Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.
Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang
sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya, sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya raya, hakikatnya ia adalah miskin.
Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta kekayaan melalui aktiviti perujudian, minuman keras, berkunjung ke tempat tempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.
Suami yang hidup dalam kefaikan bermakna mengundang murka Allah SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumahtangga akan dapat dinikmati? Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab, “Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, teteapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.
Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk “al-Bayt al-Islami Kama Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka. Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari sudut sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi tekanan perasaan mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai oleh golongan wanita berbanding lelaki.
Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali) yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”.
Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa agar mengahwinkan anak  perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.
Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripada menikahkan anak-anak yang berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah
Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat? Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat yang diterajui oleh suami mereka sendiri.
Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh kesesatan suaminya. Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya. Semua ini jelas merupakan kerugian yang nyata sekali bagi dirinya. Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang
fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak perempuannya sendiri.
Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia  merupakan “ikatan sosial” yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih
sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak, tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.
Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orangorang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”. (an-Nur: 32).

Oleh: Husna Abdul Wahab
Majalh Sinar Rohani, Oktober 2004

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa mendapatkan jodoh dan rezeki menurut Al Quran

Berikut ini amalan-amalan atau doa agar dimudahkan jodoh dan rezeki oleh Allah SWT. Kutipan berikut ini penulis ambil dari website Habib Munzir Al Musawwa.

  1. saya Ijazahkan pada beliau doa : “Rabbiy Inniy limaa anzalta ilayya min khairin faqir” (Wahai Tuhan, sungguh aku sangat faqir atas pemberian anugerah Mu), doa ini adalah doa Nabi Musa as, kemudian Nabi Musa as didatangi calon istrinya dan sekaligus mendapat pekerjaan. doa ini tercantum pada QS Al Qashash 24). Sumber.
  2. saya sarankan anda membaca dzikir Subhanallahi wabihamdih, bacalah 100X setiap pagi dalam keadaan suci, dzikir ini disarankan oleh Nabi saw sebagaimana sabda beliau saew : Barangsiapa membaca Subhanallahi wabihamdih 100X setiap harinya maka berjatuhan dosa dosanya walau sebanyak buih dilautan (Shahih Bukhari)dan sabda Rasulullah saw : “Kalimat yg paling dicintai Allah adalah Subhanallahi wabihamdih” (Shahih Muslim)dzikir ini mencerahkan wajah, menenangkan hati, menyejukkan jiwa, dan membuka banyak kemudahan, dan berlimpah kemudahan dan tersingkirnya kesulitankenapa?karena kita menyukai dan mencintai dan mengamalkan ucapan yg dicintai Allah, maka Allah akan memberi apa apa yg kita senangi dan sukai, yaitu kecerahan wajah, kemudahan hidup, dan ketenangan hati. Sumber.
  3. saya Ijazahkan pada anda untuk mengamalkan surat Al Qureisy (Lii iilaa fii qureisyin….dst) . amalkanlah 21 x setiap harinya, ia membawa keberkahan kemudahan rizki, kebahagiaan dan keamanan dari segala yg dirisaukan. Sumber
Download Doa mohon rizki dan jodoh :
  1. Dalam format *.doc.
  2. Dalam format*.pdf.
Doa yang lain yang di ambil dari Pondok Pesantren Salafiyah Syafi’iyah Nurul Huda
 Doa agar Cepat Mendapat Jodoh
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَحَبِيْبِنَا وَرَسُولِكَ الكَرِيْمِ وَبِأَلْفِ أَلْفٍ لاَحَولَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ 3×
Setiap hari kelahiran puasa, malam setelah shalat isya membaca surat alam nasrah (al-Insyirah) 152 kali kemudian membaca doa di atas. Bila kebetulan hari kelahiran jatuh pada hari Jumat, maka sambunglah dengan puasa sunnah hari Kamis. Sesungguhnya kemakruhan puasa pada hari Jumat itu otomatis hilang bila disambung dengan hari sebelumnya atau sesudahnya.
Atau membaca doa yang diijazahkan al Habib Muhammad al Baqier Ibn Sholeh Mauladawilah, yaitu membaca:
رَبِّ إِنِّى لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٌ
Dibaca seratus kali setiap hari tidak boleh putus setiap malam sebelum masuk waktu subuh/setelah menjalani shalat tahajud.

Buka Aura

Ritual apapun bila tidak melakukan hal yang menyekutukan Allah, tidak masalah, tetapi dalam Islam, tidak dikenal hal semacam itu, banyak baca shalawat dan istighfar, insya Allah Allah memberi jalan segala yang sulit. Rasulullah pernah menyatakan:
مَنْ أَكْثَرَ مِنَ الإِسْتِغْفَارِ جَعَلَ اللهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَمِن كُلِّ ضِيْقٍ مَخْرَجًا وَيَرْزُقُهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ
Barang siapa yang memperbanyak istighfar, Allah akan menjadikan baginya setiap kesedihan- kebahagiaan, setiap kesulitan- jalan keluar dan akan memberikan rizki dari sisi yang tidak diperhitungkannya.
FAKTOR – FAKTOR YANG MENDATANGKAN DAN MENOLAK RIZQI 
A. Faktor-Faktor Yang Menolak Rizqi
1. Biasa melakukan perbuatan Dosa
2. Biasa berbuat dusta atau berbohong
3. Biasa tidur di pagi hari
4. Banyak tidur, dan malas berusaha
B. Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Faqir
1. Tidur telanjang
2. Kencing dengan telanjang bulat
3. Makan dalam keadaan junub
4. Makan dengan berbaring
5. Mengabaikan sisa-sisa hidangan makanan
6. Membakar kulit bawang merah dan putih
7. Menyapu rumah dengan Kain
8. Menyapu rumah dimalam hari
9. Tidak segera membuang sampah
10. Berjalan dimuka orang tua atau mendahuluinya
11. Memanggil kedua orang tua ( ayah dan ibu ) hanya dengan menyebut namanya saja.
12. Mencukiti sela-sela gigi dengan benda keras
13. Mencuci tangan dengan tanah dan debu
14. Duduk diatas tangga
15. Bersandar pada salah satu kaca-kaca pintu
16. Berwudlu di tempat peristirahatan
17. Menjahit pakaian yang masih di pakai
18. Menyapu muka menghilangkan keringat dengan gombal.
19. Tidak mau membersihkan rumah laba-laba yang berada di rumah
20. Mempermudah ( gampangake ) dalam mengerjakan sholat, tidak mau merendah dan khusu’
21. Segera keluar dari Masjid setelah Sholat Subuh
22. Berpagi-pagi benar berangkat ke Pasar
23. Menunda-nunda pulang dari Pasar
24. Membeli potongan-potongan roti dari fakir miskin yang meminta-minta.
25. Mendoakan jelek kepada anak
26. Tidak mau menutupi tempat atau wadah
27. Memadamkan lampu dengan tiupan nafas
28. Menulis dengan pena atau pulpen yang sudah
29. Bersisir dengan sisir yang sudah rusak
30. Tidak mau mendoakan baik kepada orang tua.
31. Memakai surban dengan duduk
32. memakai celana sambil berdiri
33. Bakhil ( pelit )
34. Malas
35. Menunda-nunda kesempatan
36. Pemboros
37. Mengabaikan segala urusan.
C. Faktor-faktor yang memudahkan Rizqi
1. Rajin bersedekah
2. Membiasakan bangun tidur di pagi hari atau Subuh
3. Menulis dengan tulisan yang bagus
4. Bermuka ( raut wajah ) yang manis atau menyenangkan orang
5. Berbicara baik dan menarik
6. menyapu halaman dan mencuci tempat atau wadah sehabis digunakan
7. Mengerjakan Sholat 5 Waktu secara berjama’ah
8. Mengerjakan Sholat Dluha
9. Membiasakan Membaca Surat Waqi’ah
10. Membiasakan Membaca Surat Al Mulk
11. Membiasakan Membaca Surat Al Muzammil
12. Membiasakan Membaca Surat Al Insyiroh
13. Membiasakan Membaca Surat Wallaili Idza Yaghsya
14. Membiasakan datang ke Masjid sebelum Adzan
15. Membiasakan bersuci ( selalu dalam keadaan Wudlu )
16. Mengerjakan Sholat Fajar dan Sholat Witir
17. Tidak membicarakan urusan keduniaan sesudah sholat Witir
18. Meninggalkan omong kosong yang tidak berfaidah bagi agama dan dunia
19. Menjauhi duduk-duduk dengan Wanita yang tidak muhrimnya
20. Membiasakan tiap bakda subuh ( pagi ) membaca Tasbih :
سبحان الله العظيم سبحان الله وبحمده استغرالله واتوب اليه
21. Membiasakan tiap bakda subuh ( pagi ) membaca :
لااله الاّالله الملك الحقّ المبين × 100
22. Membiasakan setiap Ba’da Subuh dan Maghrib membaca :
الحمد لله وسبحان الله ولا اله الاّ الله × 33
23. Membiasakan Setiap Ba’da Subuh membaca Istighfar ini :
استغفر الله العظيم من كلّ ذنب عظيم × 70
24. Memperbanyak membaca Khauqolah
لاحول ولاقوّة الاّ بالله العليّ العظيم
25. Memperbanyak membaca Sholawat atas Nabi SAW
26. Membaca do’a dibawah ini setipa selesai sholat Jumu’ah sebanyak 70 kali
اللهمّ اغنني بحلالك عن حرامك وكفني بفضلك عمّن سواك
Artinya : “ Ya Allah…berilah aku kekayan, dengan kehalalan-Mu, jauh dari keharaman-Mu, dan cukupilah aku dengan karunia-Mu dari orang selain engkau. “
27. Membaca kalimah-kalimah Tasna’ ( sanjungan ) atau Asma’ul Husna dan Sholawat atas Nabi SAW
Kata Imam Abil Hasan As Syadzili ; apabila engkau kesulitan masalah rizqimu perbanyaklah membaca surat al falaq
Kata Mbah Hamid Bin Abdulloh Bin Umar Pasuruan : Sholat Jama’ah Subuh adalah kunci mudah rizqi. Bahkan beliau sampai berkata, kalau engkau dapat istiqomah mengerjakannya, kok tidak di beri cukup oleh Alloh SWT, caci makilah aku.
Kunci Rizqi lagi adalah : Bertaqwa kepada Alloh,.dan berbaktilah kepada orang tua Pasti Alloh akan mencukupi rizqimu
Kata Mbah Basir Jekulo Kudus ; perbanyaklah membaca Sholawat Dalailul Khoirot. & Sebelum shubuh bangun, kerjakanlah sholat-sholat sunnah
Sumber Kenduri Syafaat Rosul
WIRID MUDAH JODOH
Pertama-tama melangkahlah….:
1. Memohonlah ampun kepada Alloh SWT atas kesalahan, kehilafan, kema’syiatan diri sendiri. Mohonkan ampun dosa ortu juga
2. Birrul Walidain sepenuh hati, karena tanpa Birrul Wa Lidain semua amal ibadah akan terhijab & siasia, doa pun akan terhijab
3. Mohon dipilihkan jodoh yg tepat oleh Alloh SWT, jangan terlalu ambisi & mengatur Alloh SWT. Tawakkalah…
4. Kerjakan scr istiqomah & haqqul yakin, penuh harap & khusnudzon kpd Alloh SWT
5. Perbanyaklah bersedekah dan berbuat baik kpd siapa saja
6. Kalahkan nafsu birahimu, pasti Alloh akan merahmati & meridloi hajatmu
7. KEMUDIAN SETIAP HABIS SHOLAT SHUBUH BERJAMA’AH SELAMA 41 HARI BERTURUT, membaca :
- Istighfar X 100
- Sholloh ala Muhammad, Shollolloh alaihi wa sallim X100
- Membaca Surat AL Fajri X 1 dan Surta Al Waqiah X 1
- Usahakan tiapa hari keluarkan sedekah kpd fakir miskin & anak yatim piatu, serta membantu kelancaran majlis-majlis ilmu

Doa bagi laki2 yang berharap jodoh :
“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJATAN THOYYIBAH AKHTUBUHA WA ATAZAWWAJ BIHA WATAKUNA SHOOHIBATAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.
“Ya Robb, berikanlah kepadaku istri yang terbaik dari sisi-Mu, istri yang aku lamar dan nikahi dan istri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat”.
Doa bagi wanita yang berharap jodoh :
“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THOYYIBAN WAYAKUUNA SHOOHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.
“Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat”.
Doa yang lain yang bisa diamalkan tiap shalat
ALLAAHUMMAFTAHLII HIKMATAKA WANSYUR ‘ALAYYA MIN KHOZAA INI ROHMATIKA YAA ARHAMAR-ROOHIMIIN”.
“Ya Allah bukakanlah bagiku hikmah-Mu dan limpahkanlah padaku keberkahan-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang”.
“ROBBI INNII LIMAA ANZALTA ILAYYA MIN KHOIRIN FAQIIR”.
Ya Robb, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku”. (Q.S. 28 : 24)
“HASBUNALLOOH WANI’MAL WAKIIL NI’MAL MAULA WANI’MAN NASHIIR”.
“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong”. (Q.S. 3 : 173 & 8 : 40).
“ROBBANAA HABLANAA MIN AZWAAJINAA WADZURRIYYAATINAA QURROTA A’YUN WAJ ‘ALNAA LIL MUTTAQIINA IMAAMAA”.
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri2 kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertakwa”. (Q.S. 25 : 74)


disini sumbernya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Taqwa

Takwa. Orang yang bertakwa kepada Alloh ialah orang-orang yang mematuhi semua perintah Alloh dan menjauhi semua larangan – larangan Alloh serta memelihara diri dari kejahatan.

Al-maa-Idah (Surat ke5 Ayat 35):

Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Alloh dan carilah wasilah (mendekatkan diri kapada Alloh dengan ketaatan dan Amal yang diridhoi- Nya) kapada-Nya dan berjihatlah pada Jalan-Nya supaya kamu mendapat kebe runtungan.

Tawakal. seseorang bisa dikatakan bilamana ia ridho (Iklas) dengan AllohSWT sebagai pemeliharaannya. Tawakal juga bisa diartikan : Orang yang selalu bergantung kepada Alloh. Melakukan kewajiban – kewajiban seolah-olah karena ilham dan seperti di perintah olah Alloh, dan mengakui (menerima) hasilnya bagaimanapun adanya, sebagai kehendak Alloh.

1. Tawakal ialah hati selalu merasa tentram terhadap apa yang telah dijanjikan

Alloh. Dan tawakal yang seperti ini merupakan maqam bidayah, sifat bagi orang mukmin yang awam. Iman gazali memberikan contoh tawakal ini sebagai tawakalnya seseorang kepada wakil, karena ia telah meyakini bahwa wakilnya memang dapat membimbing dan mengurus urusannya. Karena keyakinan inilah yang menyebabkan ia menyerahkan urusannya kepada wakil tadi.

2.Taslim ialah merasa cukup menyerahkan urusan kepada Alloh karena Alloh telah mengetahui tentang kaadaan dirinya. Sikap seperti ini adalah merupakan maqam mutawasith, yang menjadi sifat orang yang khawas, mereka itu adalah para aulia Alloh.

Abu Ya’kub Nahjuri berkata : “Tawakal yang seperti ini menunjukan kesempurnaan mental seseorang seperti yang pernah terjadi pada diri Nabi Ibrahim di kala beliau sudah diikat dan siap dilemparkan ke api yang sudah dinyalakan dihadapannya.

Pada saat itu jibril berkata : “Wahai Ibrahim, apa yang akan kau lakukan untukmu ? “Ibrahim menjawab, Adapun kepadamu aku tidak mengharapkan apa-apa, namun aku hanya menyerahkan urusanku kepada tuhanku.

3. Tafwidh ialah orang yang telah ridho atau merasa lapang menerima ketentuan Alloh sikap yang seperti ini adalah sikap orang yang sudah sampai ke maqam nihayah, orang muwahidin dan khowasul khowas, seperti Nabi Muhammad Saw

Tawakal seperti ini laksana mayat yang berada di hadapan orang yang memandikannya, ia menyerah bulat tidak berdaya, dan tidak berkendak apa-apa.

Ath-Thalaaq (surat 65 ayat 3):

Dan Dia akan memberikan rezeki kepadanya dengan tiada terkira. Dan barang siapa bertawakal kapada Alloh, niscaya Dia mencukupkannya. Sungguh Alloh menjadikan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Istiqomah. Istiqomah ialah tetap dan kekalnya hati mengingat Alloh dengan tidak berpaling sedikit juapun kepada yang lain-Nya. Istiqomah adalah suatu tingkatan atau derajat, dengan Istiqomah itu akan tercapai kesempurnaan segala perkara, ialah kebaikan.

Maka barang siapa yang tidak tetap pendiriannya dalam mengingat Alloh, hilang lenyeplah usahanya dan sia-sialah kesungguhannya.

Istiqamah itu terdiri dari tiga tingkatan :

1. tingkan Taqwin : Artinya masih dalam tahap usaha membersihkan dan memperbaiki diri dengan memperbaiki Jiwanya.

2. Tingkat Iqomah : Artinya bagi orang yang masih dalam tahap membersihkan mentalnya.

3. Tingkat Istiqomah : Artinya bagi orang yang sudah berada dalam usaha mendekatkan dirinya kepada Alloh.

Al-Ahqaaf (surat 46 Ayat 13)

Sesungguhnya orang-orang yang berkata, “Tuhan kami ialah Alloh”, kemudian mereka Istiqomah (berketetapan Hati), maka tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak pula berduka cita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS