Pengikut

Diberdayakan oleh Blogger.
RSS

Bantuan Rasulullah Ketika Musibah


Syeikh Al-Fakahani berkata di dalam kitabnya: "Al-Fajrul Munir" bahawa Syeikh Soleh Musa Ad-Dorir (seorang buta) telah menceritakan kepadaku bahawa ketika dia berada di tengah lautan menaiki kapal,tiba-tiba ribut yang disebut orang dengan "Al-Iklabiyah" datang merempuh kapal yang dinaiki.Ribut itu amat kuat.Jarang sekali yang selamat apabila ia melanda.

Melihat keadaan cemas itu aku pun tidur lalu bermimpi bertemu dengan Nabi S.A.W Baginda berkata kepadaku:

Beritahu kepada semua penumpang kapal supaya membaca 1000 kali selawat ini:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآَفَاتِ, وَتَقْضِي لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ, وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ, وَتَرْفَعُنَا بِهَا عَنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ, وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ, فِي الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

Maksudnya: Ya Allah,Selawat dan sejahtera atas penghulu kami,Nabi Muhammad sebagai rahmat yang dengannya Engkau selamatkan kami daripada segala ketakutan dan kerosakan,dan Engkau sampaikan bagi kami dengannya daripada semua hajat.Dan Engkau angkatkan kami dengannya disisi Engkau setinggi-tinggi darjat.Dan Engkau sampaikan kepada kami dengannya kesudahan tujuan daripada segala kebajika sepanjang hayat dan sesudah mati.

Selesai saja Nabi mengajar selawat itu,aku pun tersedar dari tidur,lalu aku beritahu kepada semua penumpang akan mimpiku itu.Kami semua berselawat bersama.Apabila jumlah selawat baru saja mencapai 300 kali,Allah telah melepaskan ujian yang kami sedang hadapi dan menenangkan ribut yang bertiup kencang itu.Itulah keberkatan selawat ke atas Nabi S.A.W.
Artikel ini di ambil dr sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komentar:

Posting Komentar